Wednesday, June 29, 2011

Isra' dan Mikraj dengan wanita

HARI ini, 27 Rejab mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan Nabi Muhammad SAW iaitu perjalanan Israk Mikraj perjalanan Baginda dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis di Palestin serta dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit ketujuh.

Perjalanan istimewa Israk Mikraj, Rasulullah saksikan 10 balasan bakal diterima wanita di akhirat nanti..
Firman Allah bermaksud: "Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya (dengan diturunkan nabi-nabi di negeri itu dan kesuburan tanahnya), agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Surah al-Isra', ayat 1)

Peristiwa ini berlaku setahun sebelum hijrahnya Nabi SAW ke Madinah bersamaan tahun 721 Masihi. Ia berlaku di tengah-tengah tekanan dan hinaan yang kuat yang dialami oleh Rasulullah dan sahabat daripada kelompok Musyrikin Makkah seperti Abu Jahal dan Abu Lahab.

Israk Mikraj adalah satu perjalanan kilat Nabi Muhammad pada malam hari atas kudrat dan iradat Allah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Baginda kemudian naik ke langit sampai ke Sidratil Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana alam ini diatur) dengan menembusi tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama.

Kisah-kisah dalam peristiwa Israk dan Mikraj mengandungi sesuatu yang amat menakjubkan kerana ia tidak sama dengan cara perjalanan ditempuh oleh manusia biasa.

Perjalanan ini adalah perjalanan istimewa menggunakan kenderaan Allah yang kelajuannya tidak boleh ditandingi dengan apa saja kenderaan yang direka oleh manusia.

Dalam peristiwa itu Rasulullah SAW diperlihatkan kekuasaan Allah serta balasan yang bakal diterima umatnya di akhirat nanti. Firman Allah bermaksud: ?Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad SAW) telah melihat (Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) pada waktu yang lain iaitu di Sidratil Muntaha. "Dekatnya ada syurga tempat tinggal, (Muhammad melihat Jibril) ketika Sidratil Muntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya.

"Penglihatan (Muhammad SAW) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. "Demi sesungguhnya Baginda telah melihat sebahagian daripada sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya." - (Surah an-Najm, ayat 13-18).

Antara pengajaran dalam peristiwa itu ialah mengenai wanita. Dalam perjalanan Israk dan Mikraj, Rasulullah SAW turut melewati satu kawasan
berbau sungguh harum dengan bau-bauan kasturi. Lalu Baginda bertanya kepada Jibril kawasan apakah yang sedang mereka lalui.

Jibril menjawab: "Itulah makam Masyitah, seorang wanita penghulu syurga." Beliau ialah adalah pengasuh anak Firaun, pemerintah kejam di Mesir yang mengaku dirinya Tuhan. Masyitah berfizikal lemah, mempunyai semangat kuat dan jiwa keIslaman sehingga mampu menafikan keangkuhan Firaun.

Masyitah ialah pelayan raja. Beliau adalah seorang rakyat yang masih sedar dan beriman kepada Allah tetapi disebabkan kekejaman Firaun, beliau dan ramai lagi terpaksa menyembunyikan keimanan mereka.

Pada suatu hari, ketika Masyitah menyikat rambut puteri Firaun, tiba-tiba sikat itu terjatuh. Dengan tidak sengaja, beliau menyebut nama Allah.

Apabila puteri itu mendengar perkataan ?Allah?, dia bertanya kepada Masyitah, siapakah Allah itu. Masyitah pada mulanya enggan menjawab tetapi selepas didesak berkali-kali, beliau akhirnya memberitahu bahawa Allah adalah Tuhan Yang Esa dan Tuhan Sekalian Alam.

Puteri itu mengadu kepada Firaun mengenai perkara itu menyebabkan Firaun terlalu marah apabila mengetahui Masyitah menyembah tuhan selainnya. Masyitah dipaksa Firaun memperakui dirinya (Firaun) sebagai Tuhan, tetapi dengan penuh keberanian beliau berkata: "Tuhan aku dan Tuhan kamu adalah Allah."

Perkataan itu menimbulkan kemarahan Firaun, lalu memerintahkan dibuat patung lembu daripada tembaga untuk diisi minyak bagi merebus Masyitah.

Menteri Firaun, iaitu Hamman, salah seorang penghuni neraka, diperintahkan Firaun untuk membunuh Masyita. Firaun memerintahkan patung lembu itu diletakkan di atas api sehingga panas menggelegak dan mengarahkan Masyitah dan ahli keluarganya dilontar seorang demi seorang.

Pada waktu giliran bayinya hendak dimasukkan ke dalam lembu itu untuk direbus, Masyitah hampir mengaku kalah dan menyerah kepada kemahuan Firaun kerana terlalu sayangkan anaknya. Tetapi dengan kehendak Allah, berlaku kejadian luar biasa apabila bayi itu dengan fasih berkata: "Wahai ibuku! Teruskanlah dan jangan menyerah kalah, sesungguhnya engkau di atas (jalan) kebenaran."

Masyitah dan keluarganya mempertahankan keimanan mereka dengan mengatakan Allah Tuhan Yang Esa dan Firaun hanya manusia biasa. Lalu semuanya syahid dibunuh Firaun.

Keberanian seorang wanita memperjuangkan kebenaran dan keimanan ini dirakam dan diingati setiap tahun oleh seluruh manusia melalui peristiwa Israk Mikraj.

Semua ahli keluarga Masyitah mendapat balasan syuhada daripada Allah kerana mempertahankan akidah sehingga mati.

Dalam perjalanan itu, Baginda turut diperlihatkan 10 jenis seksaan yang menimpa wanita yang membuatkan Rasulullah SAW menangis setiap kali mengenangkannya.

Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.

Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah perempuan yang digantung dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan daripada punggung dan minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

Baginda juga melihat bagaimana perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.

Ada pula perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking. Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.

Selain itu, Baginda melihat perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.

Baginda juga melihat perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.

Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai. Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

Ada pula perempuan yang Baginda nampak rupanya berbentuk anjing dan beberapa ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.

** Semoga peristiwa-peristiwa tersebut memberi iktibar buat kaum hawa.. dan dpt mempertingkatkan keimanan kita..

Thursday, June 23, 2011

Tempahan Hari Raya

Salam buat semua...
InsyaAllah tidak lama lagi kita semua yg beragama Islam akan menyambut bulan puasa... sebelum tu, utang2 puasa yg lepas kena la ganti dulu kan?? sy ni pun tgh dok pulun ganti puasa.. thn lps sy tinggal puasa selama sebulan yakni satu hari pun xdpt berpuasa... sbbnya, sy dlm pantang... so, skrg ni tinggal beberapa hari lg akan sempurna puasa sy itu... mudah-mudahan diterima olehNya...


Dikesempatan ini, sy ingin maklumkan tempahan cheese tart sempena Hari Raya kini DIBUKA... kepada sesiapa yg berminat bolehlah menghubungi sy utk maklumat lbh lanjut... tempahan ini akan DITUTUP pada 23 Ramadan 1432 H yakni bersamaan 23 Ogos 2011...

Monday, June 20, 2011

Terima kasih daun keladi...

Alhamdulillah, walaupun masih br lg...tp sy dh mula dpt order dr pelanggan2 sy... kali ni dr Mas, Taman Bertam Jaya, Melaka...

Mas order 60 pcs yg saiz S  & 10 pcs saiz M..utk yg saiz M tu beliau teringin nk rs filling kiwi dan coklat...



Terima kasih buat Mas yg sudi order... nt sy upload dia punya komen k..

Sunday, June 12, 2011

Sampel percuma...

Buat julung kalinya, sy akan mengedarkan sample percuma Cheese tart  sy ini di Masjid Al-Azim.. yakni semasa promosi Kursus Pra-Perkahwinan yg akan diadakan di sana pada 11 & 12 Jun 2011..

Tujuan sy membuat edaran berkenaan adalah untuk memperkenalkan Cheese tart sy kpd org ramai.. in short, nk marketing la sket agar org tau sy membuat Cheese tart utk dijual..kebetulan pd tarikh berkenaan sy juga membuat Pameran Fotografi buat bakal pengantin yg ingin menggunakan perkhidmatan fotografer Shaza Creative... selain itu,nk juga sy  tau komen & juga maklumbalas berkaitan Cheese tart keluaran terbaru sy ini... sedap ka tak sedap?? kot2 ada apa-apa yg kurang ke?? insyaAllah, sy akn cuba improve..

Jom ramai2 ke sana untuk mendapatkan sample percuma berkenaan... bukan selalu buat tambah pula limited je sample Cheese tart  berkenaan... Jangan lupa temui sy di Masjid Al-Azim pada 12 Jun 2011, 9.00pagi - 2.00 petang ... sapa cepat dia dapat!!! ^_^  (created on 30th May 2011)

Progress sempena edaran sampel percuma.... (updated:8 Jun 2011)
Sesaja sy nk update flyers & label yg telah sy buat...

Label
Flyers

Seterusnya, InsyaAllah... sy akan uploadkan pulak progress membuat cheese tart & individual packing untuk diedarkan..

Edisi maraton membuat crust cheese tart.. (updated: 10 Jun 2011)
Semalaman sy menjadi 'burung hantu' untuk membuat crust cheese tart... sebenarnya sebelum ni sy dh buat lbh krg 60 pcs.. kebetulan lak keluarga suami sy dtg ke Melaka, jd sy pun bakar utk diaorg rasa... then sblm bertolak ke Klang pd pg ini, adik ipar sy teringin lak nk mkn lg.. jd sy pun bakar cheese tart blueberry utk beliau....

Crust yg sy buat pg ni pun dpt byk lbh krg 250pcs... tp xsemua utk sampel percuma sbb sy nk bagi dkt rakan2 seperjuangan yg turut membuat pameran di Masjid Al-Azim hujung mggu ni.. bolela diaorg rasa & bagi komen.... sy plan akan berada di sana pd hr ahad... memandangkan sy jugak akan ke Klang pd hr ini & besok mlm br smp rumah, jd sy 'berjuang' buat crust siap2... pg ahad ni sy cuma perlu masukkan filling & packaging aje la... ^_^

Itupun sy xpasti adakah sy akan menjadi 'burung hantu' jugak pd hr berkenaan...huhuhuhu.. oklah, jom kita layan gmbr crust berkenaan...hihihihi



Buat adik..

Edaran Sampel Percuma (updated: 12 Jun 2011)
Akhirnya hari yg dinanti-nantikan muncul jua... bermula dr pukul 4 pagi hingga subuh sy sibuk membakar cheese tart (2nd round-,memskkan filling & cheese) & membuat packaging utk diedarkan.. utk sampel percuma ni ada lebih kurang 99 biji cheese tart yg septtnya ada 100 lebih tapi beberapa biji telah dimakan oleh suami tercinta... oklah jom kita layan gmbr lagii... ^_^



Sempat shoot gmbr tgn org je..hihihihi.. ms ni tgh ramai peserta kursus dtg bertnya jadi kena melayan pertanyaan diaorg

Selepas diaorg amik & mkn, berdebar2 jugak nk tau apa komen diaorg..so far..  Alhamdulillah, cheese tart sy ni dpt diterima oleh kebykkan mereka yg telah merasainya.... Semoga permulaan perjalanan sy dlm perniagaan ini diberkati oleh-Nya... Aminnn...

Friday, June 10, 2011

Squisito Cheese Tart - Tarikh Luput & Cara Penyimpanan

Bagi memberi sedikit panduan & informasi, sebenarnya cheese tart ini boleh tahan lebih lama jika tidak mahu di simpan dalam peti sejuk.. apa yg penting, semasa penyediaan cheese tart, semua peralatan mestilah berada dalam keadaan bersih.. Cheese tart yg sy jual boleh tahan selama 7-10 hari tanpa dimasukkan ke dalam peti sejuk.. manakala jika di simpan dalam peti sejuk akan tahan lebih dr sebulan..
Selain itu, bg memudahkan bakal pelanggan, sy akan tampalkan label pada bekas cheese tart.. yakni berkaitan tarikh luput & cara penyimpanan.. kerana tidak semua diantara kita tahu bagaiman hendak simpan cheese tart agar tahan lebih lama... sekian... =)

Tuesday, June 7, 2011

First Order

Hari ni seawal pukul 5.00 pagi sy dh bgn.. salah satu sbbnya nk bersahur then trs sambung buat tempahan pertama sy... Alhamdulillah, sesungguhnya rezeki itu rahsia-Nya... buat pertama kali sy dpt order cheese tart, jd sy tak lena tido excited nk membaking... Tp lepas update kt blog ni, sy kena teruskan perjuangan membuat editing gambar kawen plak... tambah padat lg jadual sy sepanjang mggu ni, ibu mertuaku dr Perak akan smp, jd nk kena stand by dan siapkan apa2 yg patut... terutama target sy nk siapkan album kawen dlm mggu ni...supaya customer sy tak tertunggu2..

oklah, byk lak songeh bercerita psl org kawen.. meh kita layan mata tgk cheese tart utk first order ni.. cheese tart ni mix flavour (blueberry, strawberry & kiwi), disbbkan min order 30pcs jd setiap flavour tu ada 10pcs.. errk, paham ke??







Terima kasih kpd yg sudi tempah cheese tart sy ni.. dan Terima kasih daun keladi buat Kak Zaidah yg byk tlg sy... sbnrnya tempahan ni adalah dr rakan beliau...

Friday, June 3, 2011

Squisito Cheese Tart - Feedback

Hari ni, sy merajinkan diri untuk buat ujikaji sket berkenaan pendapat rakan-rakan terhadap cheese tart  sy... perkara utama yg sy nk tau tentulah mengenai rasa cheese tart sy itu... sy buat 3 perisa iaitu blueberry, strawberry dan kiwi... Antara 3 periasa berkenaan, bau filling blueberry amat menusuk hidung...wangi je baunya.... ini sebelum bakar tapi bila dh bakar semua perisa mempunyai bau yg amat menyelerakan...

Mari kita layan tgk gmbr-gmbr cheese tart berkenaan.. yg sy buat ni saiz S..so, skali ngap je masuk mulut... hihihi.. rupanya pun nmpk kiut jek...







Nanti sy akan updatekan pulak apa komen diaorang.. harap dpt komen yg positif.. ^_^